| |
Alhamdulillah syukur ke
hadrat ilahi kerana dengan izinNya, maka wujudlah laman web UMNO
Bahagian Kepala Batas ini. Kepesatan era Teknologi maklumat ICT yang
pantas berkembang harus dimanfaat oleh setiap golongan ahli UMNO, agar
ia dapat melahirkan generasi yang bermodal insan yang tinggi.
Justeru itu, sebagai parti politik tulang belakang negara, rakyat ingin
mengetahui setiap aktiviti dan agenda yang dijalankan. Kini hebahan
maklumat bukan sahaja melalui ceramah atau surat khabar, malah teknologi
internet telah membolehkan maklumat dihantar dengan begitu pantas. Oleh
yang demikian, dengan adanya laman web ini, saya percaya segala aktiviti
yang dijalankan di Kepala Batas termasuk rancangan pembangunan dapat
dilayari oleh semua lapisan masyarakat di seluruh dunia.
Di sini, saya menyeru kepada semua ahli UMNO di seluruh negara, agar
bekerja bersungguh-sungguh demi memartabatkan agenda perjuangan parti.
Firman Allah yang berbunyi; Sesungguhnya Aku tidak mengubah nasib
sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang berusaha untuk mengubahnya.
Oleh yang demikian, janganlah kita asyik menunggu bulan jatuh ke
riba.Tingkatkan azam, kuatkan semangat demi memastikan perjuangan melayu
tidak terhenti.
Akhir kata, saya berharap agar semua pihak dapat memanfaatkan kemudahan
ICT dengan sebaik mungkin. Selamat Melayari!
|