|
Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan akan menubuhkan
barisan Kabinet yang terbaik dengan gabungan muka lama dan baru
sekiranya Barisan Nasional (BN) diberikan mandat baru pada
Pilihan Raya Umum Ke-12.Menurut Perdana Menteri, untuk tujuan
itu semua calon BN yang dipilih bertanding pada pilihan raya
umum kali ini merupakan calon yang sebaik-baiknya dan telah
melalui proses siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), mahkamah
serta Jabatan Insolvensi. |
|
Kerajaan
tidak boleh memberikan segala-galanya secara percuma kepada
rakyat kerana ia boleh mengakibatkan bencana kepada kedudukan
kewangan negara, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Sebaliknya, kata Perdana Menteri, kerajaan berusaha untuk
mengurangkan beban rakyat ekoran kos sara hidup yang tinggi
termasuk menerusi beberapa kemudahan sedia ada yang diberikan
secara percuma. Katanya, dalam bidang pelajaran rakyat telah
menikmati pendidikan berkualiti seperti buku teks, yuran
persekolahan, makanan tambahan dan uniform sekolah secara
percuma.Di peringkat universiti pula, katanya, kos pengajian
telah diringankan daripada kos sebenar. Contohnya, kos sebenar
pengajian pelajar kursus perubatan ialah RM250,000 seorang,
manakala doktor gigi pula sebanyak RM130,000 seorang |