:: Bilik Berita UMNO KB
Laman Utama > Bilik Berita > Januari 2008
 

 

Wanita anjur program Jejari Bestari

 

MAJLIS Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) parlimen Kepala Batas dengan kerjasama Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kepala Batas baru-baru mengadakan Program Jejari Bestari–Kursus Jahitan dan Sulaman Manik.

Menurut pengerusi berkenaan yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian, Hajah Zabariah Wahab, program berkenaan memberi tumpuan terhadap menguasai kemahiran melalui pembelajaran yang dikendalikan secara amali.

Program selama tiga hari itu menjadi acara tahunan bertujuan untuk memberi kemahiran kepada mereka yang berminat di parlimen berkenaan seterusnya, membantu melahirkan seberapa ramai usahawan bumiputera yang berjaya. “Bahagian teorinya diserap secara tidak langsung semasa menjalankan kerja amali.

Pengetahuan dan kemahiran dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti perbincangan, sumbangsaran, tunjuk cara dan keusahawanan,” ujarnya. Menurutnya, ianya bertujuan unttuk membolehkan peserta berdikari apabila membuka kedai pakaian atau menjalankan perniagaan sendiri.

Peserta harus berfikiran terbuka, menepati masa semasa menyiapkan kerja, berkeyakinan dalam membuat keputusan, bekerjasama, bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan persekitaran. Kemahiran yang diperolehi oleh peserta perlulah seiring dengan apa yang dikehendaki di dalam industri pakaian dan relevan dengan bidang pekerjaan yang sebenar.

 

 

| KEMBALI |