:: Bilik Berita UMNO KB
Laman Utama > Bilik Berita > Januari 2008
 

 

Wanita Kepala Batas ketuai lawatan ke Melaka

 

 

 

UMNO Bahagian Kepala Batas baru-baru ini telah mengadakan lawatan muhibah ke Melaka. Program disertai 111 orang ahli yang membabitkan keempat-empat sayap parti termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri diketuai oleh Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hajah Zabariah Wahab.

Program selama dua hari itu yang yang bermula dengan lawatan ke kawasan Rekreasi Air Keroh, melawat Taman Rempah dan berakhir dengan majlis makan malam bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Hilmi Abdul Rashid, yang hadir pada majlis makan malam berkenaan berkata, ini adalah kali kedua UMNO bahagian berkenaan mengadakan lawatan muhibbah dan menghadiri majlis makan malam di kediaman Ketua Menteri.

Ianya diharap bukan sahaja dapat menjalin hubungan persahabatan antara UMNO Bahagian Kepala Batas yang diterajui oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan UMNO Bahagian Bukit Katil yang diketuai oleh Datuk Mohd Ali Rustam, tetapi juga akan turut memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi Melaka untuk di bawa balik ke Kepala Batas.

"Kita kongsi pengalaman, pembangunan ekonomi, bagaimana mereka mereka memajukan produk tradisional juga dapat dimanfaatkan," ujarnya yang turut menjemput UMNO Bahagian Bukit Katil datang membawa rombongan mereka ke Kepala Batas.

 

 

 

 

 

| KEMBALI |