| |
Pengorbanan diperlukan pada bila-bila masa

Datuk Seri Abdullah mendengar sesuatu yang diperkatakan Pengerusi Kariah Masjid Lahar Tabut, cikgu Hilmi
sambil sambil diperhatikan oleh isteri beliau
DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi
mengajak umat Islam di negara ini supaya mengambil iktibar daripada
ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha untuk sentiasa membela nasib
golongan yang memerlukan tanpa mengira waktu.
Perdana Menteri berkata, skop pengertian ibadah korban adalah sangat
luas dan tidak seharusnya dilihat sebagai amalan menyembelih haiwan
ternakan semata-mata, tetapi ia perlu dihayati dan diterjemahkan dalam
kehidupan seharian.Menurut beliau, amalan bantu membantu antara satu sama lain tidak
seharusnya dipraktikkan pada musim perayaan semata-mata, tetapi ia
perlu dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Menurut
beliau amalan bantu membantu antara satu sama lain tidak seharusnya
dipraktikkan pada musim perayaan sahaja tetapi perlu diteruskan setiap
masa terutamanya jika ada pihak-pihak yang menghadapi masalah atau
dilanda musibah.
“Kita mesti memahami bahawa pengorbanan itu adalah satu ibadah dan ia
perlu dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja, bukan sahaja pada Hari
Raya Korban semata-mata. “Kehidupan tanpa pengorbanan tidak membawa
apa-apa erti, jadikan amalan (korban) ini, sebagai iktibar untuk kita
sama-sama menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira waktu,” ujarnya ketika
berucap pada majlis Korban Bersama Perdana Menteri anjuran DiGi
Telecommunications Sdn Bhd. di sini baru-baru ini.Pada majlis itu, DiGi dan beberapa dermawan menyumbangkan 134 ekor
lembu, kambing dan unta untuk diagih-agihkan kepada masjid, surau,
jabatan-jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Perdana
Menteri berkata, manusia sering berdepan dengan pelbagai cabaran dan
masalah yang menuntut kepada pelbagai pengorbanan agar ia dapat
dihadapi sebagai satu ujian yang perlu diatasi.
Beliau menarik perhatian beberapa bencana banjir yang berlaku di
Semenanjung yang memerlukan masyarakat tampil memberi apa juga bentuk
bantuan termasuk tenaga, masa dan wang ringgit untuk meringankan beban
mangsa yang terlibat. “Contohnya, apa yang terjadi kepada rakan-rakan
kita yang terpaksa menghadapi banjir sekarang, kita boleh bantu dengan
memindahkan mangsa, mengangkut barang-barang serta menjaga
keperluan dan kebajikan mereka,” ujarnya.Dalam hal itu kata beliau, masyarakat perlu bersedia berkorban untuk
orang lain bagi tujuan kebajikan termasuk menderma wang ringgit,
buku-buku sekolah, makanan serta minuman. Abdullah bagaimanapun
menjelaskan, sedekah atau apa juga bentuk bantuan yang hendak diberikan
perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh, ikhlas dan halal agar ibadah
yang dijalankan mendapat keberkatan Allah.
“Pertolongan yang dilakukan secara beramai-ramai ini juga merupakan
satu ibadah dalam menghadapi ujian daripada Allah dan sebagai hamba
kita perlu sabar dan berusaha untuk mengatasinya,” tambah beliau lagi.
Hadir sama, Pengarah Strategi dan Hal Ehwal Korporat DiGi, YM Tunku
Alizakri Alias dan Pengarah Sumber Manusia DiGi, Azhar Ibrahim.
|
KEMBALI | |
|