| :: Bilik Berita UMNO KB |
| Laman Utama > Bilik Berita > Disember 2007 |
Biro Agama jelajah setiap KADUN
BIRO Agama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas, memulakan acara tahunan mereka Ramadan kali ini dengan mengadakan majlis berbuka puasa dan bantuan fakir kepada ketiga-tiga Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) parlimen Kepala Batas iaitu di Pinang Tunggal, Bertam dan Penaga. Timbalan Pengerusi Biro berkenaan, Radzwan Ahmad berkata, program kali ini dimulakan dengan memilih Masjid Kampung Baharu (Kadun Pinang Tunggal). Majlis berbuka dan bantuan fakir di masjid berkenaan diadakan pada 22 September bersamaan 10 Ramadan. Program di masjid berkenaan baru-baru ini disempurnakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, Datuk Ahmad bin Darus. Hadir sama Pengerusi qariah berkenaan, Hj Abdul Rahman Eting dan Ketua UMNO Cawangan, Rahmat Idrus. Sementara itu program yang sama, penyampaian sumbangan di peringkat Kadun Bertam akan diadakan pada 7 Oktober bersamaan 25 Ramadan ,di Masjid Permatang Manggis dan sembahyang tarawih di Surau Taman Haji Abdullah Fahim. Turut sama mengadakan majlis terbuka baru-baru ini ialah Pemuda UMNO Cawangan Permatang Rambai. Ketua Pemuda berkenaan, Sukor Yusof berkata, ianya adalah sebahagian program tahunan Pemuda yang diadakan di Masjid Permatang Rambai. Hadir sama, ADUN Bertam, Datuk Helmi Abdul Rashid dan Ketua UMNO Cawangan berkenaaan, Hj Anuar Tun Rahman.
|