| :: Bilik Berita UMNO KB |
| Laman Utama > Bilik Berita > Disember 2007 |
Biro Latihan Anjur Program Anak Angkat
KETUA
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Ahmad Darus mahu
anak-anak tempatan memanfaatkan kehadiran siswa-siswi Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) sebaik mungkin kerana banyak ilmu dan
pengalaman yang ada pada mereka boleh dikongsi bersama untuk faedah
pelajar. Sementara itu Pengetua Kolej Tuanku Canselor, UTM, Dr Yahya Buntat, berkata program berkenaan dapat memupuk kerjasama antara mahasiswa dan penduduk setempat dan ini memberi mereka peluang untuk melakukan kerja-kerja kebajikan dan dapat membina sahsiah mahasiswa-mahasiswi universiti berkenaan. Beliau berharap masyarakat tempatan dapat memberi tunjuk ajar kepada mahasiswa dan mahasiswi berkenaan yang rata-rata datang dari pelbagai tempat dan budaya berbeza. Dalam pada itu Pengarah projek berkenaan, Nordiana Hasan, berkata, pelbagai program diatur. Ini termasuklah mengadakan kelas bimbingan kepada pelajar di samping pelbagai program termasuk gotong-royong dan sebagainya. “Pengalaman baru kepada peserta dan ianya mengeratkan perpaduan bandar dan desa dan memesrakan siswa-siswi dengan rakyat setempat,” ujarnya.
|