:: Bilik Berita UMNO KB
Laman Utama > Bilik Berita > Disember 2007
   

Kepala Batas ramai penyanyi patriotik

 

 

SALINA Haji Mohd Saidi, muncul sebagai juara kategori dewasa, Pertandingan Karaoke Patriotik anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas sempena sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara baru-baru ini. Beliau membawakan lagu Pahlawanku dan Kuala Muda, membawa pulang hadiah wang tunai RM400 dan sebuah piala.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Mohd Shakir Zakri. Beliau membawakan lagu Malaysia Baru, membawa pulang wang tunai RM250 dan piala. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Irka Suziyana Abdul Rahim, dari Kampung To’ Bedu yang membawakan lagu Perwiraku.

Hadiahnya berupa wang tunai RM100 dan piala. Bagi kategori kanak-kanak pula, Siti Noraishah bt Mohd Radzi, dari Kampung Penaga II menjadi juara. Menerima hadiah wang tunai RM50 dan piala. Lagu yang dibawanya Perwira. Tempat kedua kategori berkenaan menerima hadiah wang tunai RM30 dan piala dimenangi oleh adik Siti Raihazni Raimi, dari Permatang Bertam. Lagu yang disampaikanya, Warisan telah berjaya mencuit hati penonton juga juri.

Tempat ketiga dengan wang tunai RM20, dimenangi oleh adik Mohd Denie Hakim. Sementara itu, Setiausaha UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Haji Abu Bakar Yahaya, berkata pertandingan kali ini membuktikan bahawa parlimen Kepala Batas juga mempunyai ramai  yang berbakat menyanyikan lagu-lagu patriotik. Ini adalah kali pertama pertandingan berkenaan diadakan secara tertutup membabitkan penduduk Kepala Batas sahaja.

Sebelum ini ianya terbuka, termasuk dari negeri jiran, Kedah.  “Mereka membawakan lagu dengan penghayatan sebenar. Di masa akan datang, dengan promosi dan publisiti yang lebih lagi, saya percaya lebih ramai akan tampil menyumbangkan bakat yang sedia terpendam selama ini,” ujar beliau sebaik selepas menyempurnakan majlis penyampaian hadiah berkenaan. Hadir sama, Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Pemuda UMNO Bahagian, Shamsuddin Othman.

 

 

 

 

| KEMBALI |